http://amansukamosh.blogspot.com

sebuah cerita dongeng yang diadaptasikan dari sebuah pengembaraan . arahan budak skema khas untuk budak nerd . tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam berhampiran pada bila-bila masa .
*powered by agensi kawen lari .

Saturday, August 31, 2013

Erti Cinta

Kalau cinta itu , 
tak semestinya sentiasa gembira , 
sentiasa bersama . 
Ada kala berduka ,
cemburu entah apa-apa . 
Tanpa sebab yang boleh diterima .

Wednesday, August 28, 2013

Hujung

Aku dihujung sini , 
kau dihujung sana . 
Bila rindu aku , 
pejamkan mata . 
Aku pasti ada disana , 
dalam hati .

Selatan

Tidurku ditemani bunyi kipas , 
tetapi mindaku jauh memikirkanmu di selatan sana . 
Semoga kebahagiaan milik kita berdua .

Tahu

Kau tahu , aku pun tahu . 
Malah semua manusia tahu . 
Cuma ada yang leka , 
ada yang pantang digoda . 
Hanyut dalam lautan asmara .

Kutub

Kau penguin di kutub utara , 
aku beruang di kutub selatan . 
Bertemu jua di central park zoo .

Beza

Ku sarung Dr. Martens , 
kau sarung Mary Jane . 
Kerna kita berbeza . 
Aku lelaki , kau wanita .

Hidup 2

Jangan sengsara dalam kekayaan , 
biar bahagia dalam kesederhanaan .

Hidup

Duit ada , 
tapi hidup takda pedoman . 
Biar papa , 
tapi hidup bertuhan.

Babi Halal

Hidup jangan jadi Babi halal . 
Boleh pegang , 
boleh sembang
tapi belakang sondol semua lubang .

Senada

Denyut jantung kita senada , 
kerna kita sama . 
Punya cinta pada Pencipta .

Jangan

Jangan godam hati suciku , 
dengan virus-virus khianatmu .
Aku mahu setia . 
Setia pada si Dia .

cumbu


Inginku robek hati ini , 
luahkn apa yg ada dihati . 
Tp setiap kali mata kita bersatu , 
kita seolah bercumbu dlm bisu .