http://amansukamosh.blogspot.com

sebuah cerita dongeng yang diadaptasikan dari sebuah pengembaraan . arahan budak skema khas untuk budak nerd . tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam berhampiran pada bila-bila masa .
*powered by agensi kawen lari .

Wednesday, October 23, 2013

Khianat 3

Didepan kau senyum gembira , 
belakang kau hambur kata-kata . 
Lakonan kau bak primadona , 
bisa menang anugerah di raja .

Tuesday, October 15, 2013

Khianat 2

Kau tikam mereka pakai hati , 
lalu kau tinggalkan setelah berdarah . 
Tapi muka kau suci bagai si bayi , 
bisa goncang pemilik hati .

Thursday, September 26, 2013

Khianat

Kau bisa khianat pd manusia , 
khianat pd siapa yg kau suka . 
Tapi jangan kau khianat ,
pada Sang Pencipta Alam Semesta .

Wednesday, September 4, 2013

Dewasa

Dewasa itu aku . 
Pikul dosa sama pahala atas bahu . 
Bisa buat keputusan . 
Ada masa dipersalahkan . 
Kerna itu erti dewasa .

Saturday, August 31, 2013

Erti Cinta

Kalau cinta itu , 
tak semestinya sentiasa gembira , 
sentiasa bersama . 
Ada kala berduka ,
cemburu entah apa-apa . 
Tanpa sebab yang boleh diterima .

Wednesday, August 28, 2013

Hujung

Aku dihujung sini , 
kau dihujung sana . 
Bila rindu aku , 
pejamkan mata . 
Aku pasti ada disana , 
dalam hati .

Selatan

Tidurku ditemani bunyi kipas , 
tetapi mindaku jauh memikirkanmu di selatan sana . 
Semoga kebahagiaan milik kita berdua .

Tahu

Kau tahu , aku pun tahu . 
Malah semua manusia tahu . 
Cuma ada yang leka , 
ada yang pantang digoda . 
Hanyut dalam lautan asmara .

Kutub

Kau penguin di kutub utara , 
aku beruang di kutub selatan . 
Bertemu jua di central park zoo .

Beza

Ku sarung Dr. Martens , 
kau sarung Mary Jane . 
Kerna kita berbeza . 
Aku lelaki , kau wanita .

Hidup 2

Jangan sengsara dalam kekayaan , 
biar bahagia dalam kesederhanaan .

Hidup

Duit ada , 
tapi hidup takda pedoman . 
Biar papa , 
tapi hidup bertuhan.

Babi Halal

Hidup jangan jadi Babi halal . 
Boleh pegang , 
boleh sembang
tapi belakang sondol semua lubang .

Senada

Denyut jantung kita senada , 
kerna kita sama . 
Punya cinta pada Pencipta .

Jangan

Jangan godam hati suciku , 
dengan virus-virus khianatmu .
Aku mahu setia . 
Setia pada si Dia .

cumbu


Inginku robek hati ini , 
luahkn apa yg ada dihati . 
Tp setiap kali mata kita bersatu , 
kita seolah bercumbu dlm bisu .

Wednesday, April 17, 2013

Dia


Dia sentiasa kemas,
Dia sentiasa sembur Burberry setiap kali keluar,
Dia inginkan badan berotot tegap,
Dia tak pernah keluar tanpa losen di tangan dan muka,
Ada kata dia Gay kerana penampilannya,
Tapi dia tersenyum mesra,
Dia lelaki Maskulin.

Tuesday, April 2, 2013

Maaf.


Maaf jika aku sukar buat kau tersenyum,
Maaf jika aku tak bisa tempis amukan anjing-anjing putih,
Maaf jika emosiku memijak kewarasan,
Maaf jika aku tak seperti apa yang kau impikan,
Maaf .

Sunday, March 31, 2013

Bunga



Wahai bunga , jangan kau pergi begitu sahaja tanpa sebutir bicara .
Agar aku tidak tertanya-tanya , apa bisa aku lakukan agar kau terus setia .