http://amansukamosh.blogspot.com

sebuah cerita dongeng yang diadaptasikan dari sebuah pengembaraan . arahan budak skema khas untuk budak nerd . tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam berhampiran pada bila-bila masa .
*powered by agensi kawen lari .

Sunday, November 4, 2012

Polimas dan Gunung Berembun

Assalamualaikum , salam satu Malaysia . cewah , semangat der dengan satu Malaysianya . maklumlah bajet 2013 nie belia banyak dapat macam-macam . hahaha , rasanya dah lama gua tak hapdet belog gua yang membosankan nie . tak taulah kan , 2012 nie malaih sungguh nak mengadap belog . apa punya setan pon tak tau hat mai hinggap ataih kepala aku nie . malaih tahap binatang gamaknya . by the way , belum terlambat qasanya cek nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kan kan ? haha , raya pon cam tak raya aku tengok . aku dok rumah nganga depan tv sampai subuh , malam lepak kedai isap shisha sampai beqasap otak . hahaha , biasa laa jiwa muda katakana . enjoy your short life while you have the chance . apa aku meqapu pon tak tau . speaking Amerika pulak tu . haha .

Ekceli , kali nie  aku nak post pasai latest aktiviti yang berlaku dalam hidup aku . macam hat semua tak tau , aku lani dah jadi MAHASISWA . tediaaa , semangat aih ! few month ago ,  aku dapat tawaran masuk sambung belajaq kat Universiti Utaqa Malaysia . hehe , joh wehhhhh . ceqok hutan nuhhhh , bekawan dengan monkey ja dalam nie . ha , aku muhung ja hat tu , kesian kat budak-budak UUM depa selalu kata oqang tak mau mai UUM sebab dok dalam hutan . hutan pon takpa cek aih , maksiat tak banyak . daqi dok pecan nuh , kiqa nak kelabing jaaa . hambuih tak padan dengan umoq ! Okaylah aku malaih sebenaqnya nak ceqamah agama nie , satgi lepaih maghrib esok pon tak selesai . haha .

Okay aku mula dengan projek di Polimas . aku tak ingat sebenaqnya nama penuh Poli nie , hehehe . aku selaku ahli dari kelab kembara Universiti Utara Malaysia dengan 20 oqang camtu ahli kelab dijemput oleh pihak Polimas . depa suruh kami buat satu sesi kaedah pemasangan khemah dengan budak-budak Polibriged Polimas .


 its kind of funny and enjoy sebab depa nie sangat-sangat sporting , comey-comey, cantik-cantik semuanya . hehehe , awai tu kami nie kena buat sesi pasang khemah , turunkan khemah jaa . tapi disebabkan masa sampai petang , kami pon buat aktiviti len kat depa . kami buat explorace kat depa . hah , memang kami latu betoi-betoi laa kan . hehehe , macam-macam depa kena . minum aiq buah*buah la sangat , jalan dalam kertas , bekawad , musang bejanggut .


 macam-macam aih , tapi yang bestnya depa semua enjoy . kalau dengan aku tu ada yang kena menaqi sifir siput sampai depa panggil aku abang put-put  . ceh , aku yang sikit punya handsome nie depa panggil siput . sabaq ja laa , yang paling best last group lah . kena menari gangnam style ramai-ramai . ekceli kami dah rancang nak kenakan group nie . hehehe , jahat dak , jahat dak ? apa pon , 2 hari kat Polimas sangat-sangat mencabar dan enjoy . harap-harap next sem kami dijemput lagi untuk handle projek tu . ngeeee :D




Okay , yang nie pulak projek yang paling latest la aku qasa , 20 and 21 Sept 2012 . kami dari kelab kembara UUM ada join satu projek anjuran senior-senior kelab nie jugak . kami pi mendaki gunung berembun wehhhhhh , terletak kat Cameron highland , tejukkkk dikkk dikkkk hampa tauuuuu ! hehehe , ketinggian lebih kurang 1800ft tak silap aku . aku tak amik tau sebab aku tau hiking jaa . haha , kami sampai kat tanah rata Cameron pukoi 6 pagi hari sabtu . fuhhhh , time tu sapa mandi dya hero la . memang tak da sapa laa kan yang mandi pagi tu , hikhikhik . elok lepaih breakfast semua kami tequih pi lepak homestay .



 besiap apa yang patot and pukoi 11 pagi kami mula panjat gunung . aku nie apa lagi , mangsa keadaan laaa . kena galaih beg besaq nuhhhh sampai puncak . huhu , sampai laa bahu dok rasa sakit lagi . takpa semangat punya pasai kan kan . sepanjang perjalanan tu jangan dok kata laa , trek pacak sajaaa . nak dapat jalan landai memang susah . peluh nie sampai spenda qasa weh .

 hahahahaha , sampai ja kat puncak dalam pukoi 2 ptg camtu . semua pakat tangkap gambaq , aku antara yang terawal sampai sebab aku ikot guide dok depan sekali . haha , kat atas tu kami makan maggi , sandwich sardine ngan aiq teh o jaaa . yang tu pun kenyang wehhh . hehe , kami dok kat atas dalam 2 jam , pukul empat cam tu kami gerak turun . malang tak berbau , kaki aku tekepak time berlari turun . salah pijak akar , huhu . nasib baik ada yang baik hati nak urutkan . time tu dah laa baru separuh jalan nak sampai homestay . huhuhu , kena jalan berjengket gak laa 2 hari .  walaupon kaki sakit , kat sana kami enjoy habes .

pemandangan dari puncak :)

 malam tu buat bbq , senior-senior yang datang ramai sangat . tu yang best , bekumpul ramai-ramai . cerita pengalaman semua . tengok bola ramai-ramai Kelantan VS ATM , sampai bising satu rumah tu . hehehe , pengalaman yang sangat best dan susah nak dapat sebab senior-senior semua dah kahwin , dah ada kerja tapi sanggup datang nak jumpa kami . terharu gak laaa , apa pun aku rasa bertuah sebab join kelab kembara nie . time orang sibuk cuti midsem aku dok kat UUM dengan geng kelab . macam family weh , hehehe .


Aku rasa dan panjang kot aku menaip untuk post nie , hehe . semoga kita jumpa lagi nahh dipost yang akan datang . tu pon kalau aku qajin dan ada paksaan dari mana-mana pihak . hahahahaha , k hat mana aku silap aku minta maaf nah . babai \m/

No comments:

Post a Comment