http://amansukamosh.blogspot.com

sebuah cerita dongeng yang diadaptasikan dari sebuah pengembaraan . arahan budak skema khas untuk budak nerd . tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam berhampiran pada bila-bila masa .
*powered by agensi kawen lari .

Saturday, September 25, 2010

saya beransur sehad .

semalam bermula dari terbit fajar .
kepala mula berdenyut - denyut bak bom jangka masa .
bila aku berjalan, kaki bagaikan menari - nari joget lambak .
tapi kenapa ?
ya , kerana aku diserang virus - virus*bukan centa ya SELSEMA .
satu hari . badanku saked - saked seperti Pak Munawer
yang berusia 50 tahun baru pulang dari gym setelah 15 tahun aktivitinya hanya
makan , tidor dan mengorat .
dari bahu turun ke bawah usus - usus perot . kesengalan mula terasa .
seperti ada setan - setan yang sedang kusyuk menggigit otot - ototku .
setiap 5 minit pasti aku bersin bagaikan debu - debu lada hitam menguasai ruang oksigen .
cecair belendir mula menawan rongga hidungku seperti paip syarikat syabas yang mula keretakan
dan mengeluarkan air dengan terpaksa .
paracetamol jenama KK ditelan sebanyak 4 biji .
mereka mula bersuara "hang gila . nk mati ka ?"
tapi aku x kesah .
fokus aku , sehad , sehad dan sehad .
boleh tidor ala - ala baby drypers .
boleh mimpi maen dam aji .
itu yang paling penting .
1 minit , 2 minit , 3 minit , 4 minit .
sukses ! bom jangka sudah aku matykan utk sementara waktu .
kepanasan di otak mula keluar bagai kentot - kentot cirit yang suam .
ah , bagai dunia aku yang punya .
aku khayal seketika .
mungkin kerana impak pil KK yang hampir overdos .
aku ketiduran .

1 comment: